Saturday, 24 September 2011

Belon Rawak

Sinopsis
        Permainan kanak-kanak merupakan proses mengembangkan kekuatan dan kemahiran fizikal kanak-kanak melalui permainan. Permainan kanak-kanak dikategorikan kepada empat komponen iaitu sasaran (target), jaring/ dinding, serangan/kawasan, dan pukulan. Tujuan penghasilan blog ini adalah untuk berkongsi idea-idea permainan jaring/dinding dengan orang ramai. 


         Permainan ini adalah diubahsuai daripada permainan badminton, bola tampar dan ping pong. Permainan ini memerlukan enam orang pemain dan dua orang pengadil. Pemain akan dibahagi kepada kepada dua kumpulan, iaitu tiga pemain bagi setiap kumpulan. Seorang pengadil akan memerhati keadaan semasa permainan dijalankan dan seorang lagi pengadil akan mencatat markah. Zon larangan juga didirikan untuk membahagikan kawasan setiap kumpulan. Setiap pemain akan diberikan satu bet dan dikehendaki memukul belon ke arah pihak lawan dengan melepasi zon larangan. 


         Di samping itu, setiap pemain dikehendaki mematuhi peraturan yang ditetapkan dan hanya boleh bergerak dalam kawasan sendiri semasa permainan dijalankan. Sekiranya pemain melanggar peraturan, mata akan diberi kepada pihak lawan. Dua set akan dijalankan dalam satu permainan. Setiap set akan ditamat sekiranya  satu pihak memperolehi 11 mata. Set penentuan akan diadakan sekiranya markah kumpulan terikat.


Tajuk
  • Nama Kursus : Pergerakan Asas
  • Kod Kursus : PJM 3102
  • Nama Permainan : Belon Rawak
  • Permainan Kategori : Jaring/Dinding


Matlamat
Blog ini diwujudkan untuk dijadikan sebagai satu panduan pelaksanaan permainan kanak-kanak kategori jaring, pengurusan dan pengelolaan permainan kanak-kanak serta meluaskan pengetahuan berkaitan dengan pergerakan asas.

Objektif

1  Menghasilkan panduan amali aktiviti permainan kanak-kanak kategori  jaring atau dinding 
    bagi kursus Pergerakan Asas (PJM3102).
2  Mengembangkan potensi kreativiti dan daya imaginasi individu.
3  Meningkatkan kefahaman dan penguasaan terhadap pergerakan asas lokomotor dan bukan
    lokomotor serta kemahiran memanipulasi alatan. 
4  Berkongsi idea permainan kanak-kanak yang telah diubahsuai dengan orang ramai.
5  Meningkatkan tahap keupayaan taktikal dan kebolehan dalam penghasilan projek.
6  Menimba ilmu yang baru melalui perkongsian idea.


Panduan Pelaksanaan Permainan

Senarai jenis alatan
Alatan yang diperlukan untuk permainan ”Belon Rawak”  ialah:              
 Bet


Belon


 Wisel  

 Skital



Tilam

Kemudahan Permainan


Gelanggang Permainan

Zon Larangan 
(Kawasan Antara Skital Sebelah Kiri Dengan Skital Sebelah Kanan)


Prosedur pelaksanaan permainan mengikut kategori yang dipilih
1.      Permainan dimainkan dalam dua kumpulan.
2.      Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang pemain .
3.      Setiap pemain mempunyai bet masing-masing
4.      Permainan dimulakan dengan salah seorang pemain berada di garisan servis.
5.      Pemain yang melakukan servis hendaklah memukul belon dari arah atas dan belon mestilah melebihi kawasan larangan.
6.      Pasukan lawan haruslah menyambut belon dengan menggunakan bet dan boleh  menghantar belon kepada pemain sekumpulan yang lain untuk menghantar belon kembali kepada pihak lawan.
7.      Pemain boleh memukul belon sebanyak 3 kali sahaja bagi menghantar belon kembali kepada pihak lawan.
8.      Mata akan diberikan kepada pihak tertentu apabila belon jatuh di atas gelanggang, belon keluar dari kawasan gelanggang, belon memasuki kawasan larangan atau pemain melakukan kesilapan sewaktu servis dan semasa permainan dijalankan.
9.      Pertukaran servis berlaku apabila pihak lawan berjaya mematikan belon.
10.    Pemain bebas bergerak dan menentukan strategi permainan tersendiri

Pelan kedudukan pelaksanaan permainan


Kawasan permainan : gelanggang permainan.

Peraturan dan syarat-syarat permainan

1.  Permainan dimulakan selepas pengadil meniupkan wisel permulaan.
2.  Pemain hanya dibenarkan memukul belon dengan menggunakan muka bet.Jika pemain memukul dengan belakang bet, pihak lawan akan diberi peluang membuat servis dengan serta merta.
3.  Jika pemain menyentuh belon dengan bahagian badan, mata percuma akan diberikan kepada pihak lawan.
4.  Pemain yang melakukan servis mesti berdiri di tempat membuat servis.
5  Jika pemain melakukan kesilapan sewaktu servis dan hantaran semula, mata percuma akan diberikan kepada pihak lawan.
6.  Belon hanya dibenarkan dipukul tiga kali sahaja bagi menghantar kembali ke pihak lawan. 
7.  Mata dikira apabila belon yang dihantar tidak dapat diterima oleh pihak lawan keluar daripada kawasan permainan, tidak melepasi zon larangan dan pemain pihak lawan memukul belon lebih dari tiga kali.    
8.  Mata juga akan dikira apabila pemain melakukan kesilapan memukul belon dengan kaki di luar kawasan gelanggang, memukul belon berada di zon larangan, memukul belon dengan tidak menggunakan muka bet.
9.  Pengiraan mata ialah sebanyak 11 mata dalam satu set permainan.
10. Mempunyai dua set permainan  
     (set penentuan akan diadakan jika markah dua kumpulan  terikat)



Pergerakan
Betul
Salah
Servis





Pemukulan Belon




 


   




                       

Keselamatan 
  • Pakaian yang dipakai mestilah sesuai (pakaian sukan yang lengkap)
  • Warna pakaian tidak boleh sama dengan warna belon.
  • Pastikan gelanggang tidak licin dan bebas daripada benda tajam.
  • Pastikan jarak pemain antara kumpulan yang lain sesuai bagi mengelakkan kemalangan berlaku.

Variasi
  • Belon menggantikan bulu tangkis.
  • Dalam satu kumpulan, pemain tidak dibenarkan memukul belon dengan raket melebihi 3  kali.

Kesedaran taktikal
  • Setiap kumpulan perlu memikirkan strategi  dan teknik permainan tersendiri untuk mendapatkan mata.

Prinsip pergerakan
  •          Koordinasi mata,tangan dan kaki.
  •          Fokus kepada belon dan kedudukan pihak lawan.
  •          Kawalan pukulan bola.

Ruang dan masa
  •    Saiz gelanggang permainan.
  •    Permainan ditamatkan apabila mencukupi 2 set perlawanan.


Situasi semasa dan lanjut
  • Menggunakan taktik menyerang untuk mendapatkan mata.
  • Strategi menyusun ahli kumpulan.
  • Kawalan mengimbang dan menghantar balik belon.
  • Menggunakan taktik menahan untuk mengelakkan pihak lawan daripada mendapatkan  mata.


Membuat keputusan
  •  Menilai situasi dalam ruang yang ada untuk menyerang.
  •  Mengenalpasti ruang kosong untuk menghantar belon ke arah pihak lawan.


Penilaian
  • Melihat kepada teknik memukul belon dan koordinasi mata, tangan dan kaki. Prestasi diambil kira dengan jumlah hantaran seseorang dapat dilakukan ke pihak lawan dan hadkan hantaran balik dari pihak lawan.


Persediaan Pelaksanaan Permainan

Sebelum
• Senaraikan tugas dan mengagihkan tugas.
• Menyediakan alat untuk aktiviti permainan.
• Memastikan keadaan gelanggang selamat.
• Memberi taklimat ringkas kepada pemain.
• Memastikan pakaian pemain adalah sesuai.
• Memastikan kesihatan pemain adalah baik.

Semasa
• Memastikan keselamatan pemain semasa bermain.
• Memastikan pemain berdisiplin dan mengikut arahan.
• Memastikan pemain bermain dengan cara yang betul.
• Pengadil mestilah berada di kawasan gelanggang sepanjang permainan berlangsung.

Selepas
• Menentukan pemenang.
• Mengemas kawasan gelanggang.
• Menyimpan alatan yang digunakan.
• Mendapatkan tindak balas dan respons daripada pemain.
• Membuat penilaian dan refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan pelaksanaan permainan.
• Membuat penambahbaikan terhadap kelemahan pelaksanaan permainan.



Rumusan

         Dalam proses penyediaan projek ini, kefahaman dan kemahiran baru yang diperolehi ialah kami yang sebagai bakal guru, boleh mengaplikasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kami juga menguasai kemahiran untuk menghasilkan blog. Melalui penghasilan blog ini, kami mendapati kami dapat berkongsi pengetahuan atau pengalaman yang diharungi masing-masing dengan seluruh dunia.


Melalui penghasilan blog ini, orang ramai dapat melayari maklumat permainan kanak-kanak pada bila-bila masa dan di mana-mana jua dengan kemudahan internet. Di samping itu, blog boleh dikekal dalam tempoh masa yang panjang dan tidak akan mudah hilang. Selain itu, penghasilan blog juga lebih mesra alam kerana tidak perlu menggunakkan kertas.


        Kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi melalui penghasilan blog ini dapat kami mengaplikasikan dalam tugas seharian. Sebagai contoh, blog berfungsi sebagai catatan nota, kami boleh berkongsi apa-apa pengetahuan, pengalaman, detik-detik yang diharungi kami dalam blog. Pada masa yang sama, kami juga boleh melayari blog orang lain untuk mendapat maklumat atau pengetahuan baru pada bila-bila masa.


           Selepas menghasilkan blog ini, kami boleh berfikir secara lebih kreatif dan inovatif dalam penghasilan permainan kanak-kanak. Selain itu, kami dapat menyebarkan idea dan konsep  permainan kanak-kanak yang mengandungi kemahiran pergerakan asas dan manipulasi alatan. Selain itu, kami juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran ICT dengan menyunting gambar serta video dan berkongsi pengetahuan melalui blog. 


      Demostrasi Permainan